RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

I. Ekstrak Sel Induk Narcissus

Pengenalan

Formula yang sempurna dengan Bulb Narcissus dorman berkepekatan tinggi, yang mampu memperlahankan proliferasi sel dan menyediakan mineral kepada kulit dengan berkesan dan juga mempertingkatkan ketegasan tisu peredaran mikro dan pengukuhan tisu. Ia membaiki sel-sel rosak, mempertingkatkan ketegasan kulit dengan ketara dan menghidrasi kulit dengan kandungan anti-penuaannya yang berasaskan bahan tumbuhan. Direka untuk mengurangkan penampilan kedutan yang dalam, garisan halus & tanda- tanda penuaan yang lain. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan ketegasan kulit untuk penampilan yang lebih muda serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi pada kulit. 

Kandungan

Setiap ampul (2ml) mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Narcissus                  50mcg

Arahan penggunaan

Selepas menggunakan pencuci muka dan toner, sapu pada kulit dengan bentuk putaran yang lembut ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

II. Ekstrak Sel Induk Bilberry

Pengenalan

Bilberry (Vaccinium myrtillus) adalah sejenis blueberry dan ia mengandungi tannins yang bertindak sebagai penindas kepada penghasilan melanin dari melanosit manusia dengan mengurangkan aktiviti enzim tyrosinase. Ia mencerahkan kompleksi kulit anda bagi mencapai kulit yang cerah dan berseri. Bahan ini mempunyai kedua-dua ciri anti-oksida dan anti-inflamasi yang bermanfaat untuk merawat dan mengurangkan masalah hiperpigmentasi, bintik hitam atau kerosakan kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Ekstrak Bilberry menghalang pengaktifan tyrosinase, mengganggu pembentukan melanin dan memusnahkan melanin yang sudah dihasilkan, serta membawa kesan pemutihan pada kulit yang malap dan mengembalikan penampilan kulit yang jelas dan sihat.

Kandungan

Setiap ampul (1ml) mengandungi
Ekstrak Sel Induk Bilberry (Vaccinium mrytillus)                30mcg

Arahan penggunaan

Selepas menggunakan pencuci muka dan toner, sapu pada kulit dengan bentuk putaran yang lembut ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

III. Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba

Pengenalan

Ginkgo biloba adalah ramuan yang unggul dalam anti-penuaan kulit bagi mencapai kompleksi kulit yang muda. kerana ia boleh merangsang pembentukan fibroblast dan kolagen. Ekstrak Ginkgo ini akan mengurangkan penampilan garis-garisan halus, liang-liang besar dan ketidaksempurnaan lain secara ketara. Ia memperhalusi dan mengurangkan liang-liang yang besar untuk menjadikan kulit licin dan muda. Daun Ginkgo dipercayai mempunyai keupayaan anti-oksida semulajadi yang mampu menghalang kerosakan akibat radikal bebas. Meningkatkan keupayaan perlindungan kulit semulajadi dapat membantu dalam melindungi sel daripada toksin alam sekitar dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Kandungan

Setiap ampul (2ml) mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Ginkgo biloba                50mcg

Arahan penggunaan

Selepas menggunakan pencuci muka dan toner, sapu pada kulit dengan bentuk putaran yang lembut ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Narcissus                     5 x 2ml
Ekstrak Sel Induk Bilberry                         5 x 1ml
Ekstrak Sel Induk Ginkgo biloba               5 x 2ml

Perhatian

Gunakan dengan berhati-hati. Elakkan kawasan sekeliling mata. Bilas dengan air dengan kadar segera jika produk masuk ke dalam mata. Jika terdapat alahan, kerengsaan atau ruam, hentikan penggunaan dengan segera.

Penstoran

Simpan di tempat yang sejuk dan kering, jauhkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Buatan Jepun

KKM Reg. No.:

Ekstrak Sel Induk Narcissus                 NOT171104881K

Ekstrak Sel Induk Bilberry                     NOT171104888K

Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba           NOT171104889K

Kod Produk: A509