RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

"Manusia tidak boleh hidup selama-lamanya, tetapi anda boleh selama-lamanya muda."

Pengenalan :  

HAS2 merupakan sebuah gen yang terletak pada kromosom ke-8 dalam badan manusia. HAS2 merupakan protein yang terdiri daripada 53 molekul asid amino. Seiring dengan usia kita, kita tidak dapat mengelakkan daripada fungsi gen yang semakin lemah. Gen yang mereputkan kolagen boleh menjadi terlalu aktif, mengurangkan penghasilan hyaluronan semulajadi dalam badan, menghasilkan kulit yang lebih kedut. Sains dan teknologi berkembang dengan pesat. Pengekalan wajar muda pada usia yang tua tidak lagi menjadi satu mimpi selepas pengumuman saintis terhadap penemuan mereka dalam mengenal pasti gen utama yang terlibat dalam penuaan kulit pada Julai 2009. Penemuan HAS2 Wrinkle Regulator memang membawa faedah kepada manusia.

Sekumpulan saintis telah menemui 40 gen yang terlibat dalam kehilangan kolagen. Maklum balas kulit ke atas "radikal bebas" yang boleh merosakkan sel kulit juga memainkan peranan penting ke atas penuaan. Menggunakan data yang dijana oleh projek genom manusia, usaha saintis antarabangsa untuk mentafsirkan kod DNA manusia, penyelidik telah menemui gen berasingan yang mengawal berapa lama seseorang boleh bebas daripada kedutan.

Walaupun penyelidikan berdekad dijalankan dengan berbilion-bilion paun pembiayaan, industri kosmetik hanya berjaya menghasilkan krim dan losyen untuk mengurangkan penuaan. Krim anti-penuaan yang mahal dan terbaik ini hanya boleh melicinkan kedutan atau melembapkan kulit sahaja. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saintis Switzerland dari Institut Penyelidikan Bioperubatan telah memulakan projek genom manusia yang bernilai £ 2 billion untuk mencari punca genetik penuaan. Prof. Williams John, seorang ketua saintis di Swiss Institut Penyelidikan Bioperubatan, Jabatan Perubatan Genetik – kini dalam perjalanan mengatasi masalah penuaan.

Daripada 20,000 hingga 25,000 gen manusia yang dikenali, mereka telah menemui lebih kurang 1500 gen yang memainkan peranan penting dalam penuaan kulit. Dengan mengaji DNA yang terlibat dalam penuaan, penyelidik berharap untuk mewujudkan ubat-ubatan dan krim yang boleh merangsangkan beberapa gen, menyekat gen lain untuk memulihkan penampilan muda. Namun, kebanyakan krim anti-penuaan tidak berasaskan penelitian saintifik. Walau bagaimanapun, satu percubaan klinikal yang boleh dipercayai diterbitkan pada awal tahun 2013 menunjukkan bahawa HAS2 Wrinkle Regulator yang diperolehi dari benih Baobab, adalah penyingkiran kedutan melalui terapi unik. 

Indikasi:

Benih Baobab berasal daripada pokok Baobab – " Pohon Hayat ". Menurut Wikipedia, Adansonia (nama biasa ialah Baobab) merupakan genus pokok yang mempunyai 9 spesies, di mana enam berasal dari Madagascar, dua dari tanah besar Afrika dan Semenanjung Arab, dan satu spesies berasal dari Australia. Baobab menyimpan air di dalam batang (sehingga 100,000 liter atau 26,000 gelen AS) untuk menahan keadaan kemarau yang teruk. Sejak 2008, minat untuk meluaskan pasaran benih Baobab atau serbuk kering buah-buahan untuk kegunaan pengguna telah meningkat. Pada tahun 2010, pasaran Baobab di antarabangsa berpotensi dianggarkan mencapai $1 billion setahun.

Buah purba ini digunakan secara meluas oleh penduduk Afrika untuk manfaat kesihatan, kini ia mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana nilai pemakanan yang tinggi. Buah Baobab mengandungi lebih daripada 12 jenis vitamins dan minerals, termasuk zat besi, kalsium, kalium, magnesium, zink, serat dan vitamin C. Ia mengandungi :

Minyak Baobab memberi nutrien yang amat diperlukan oleh kulit, terutamanya memberi manfaat kepada individu yang menghidap ekzema dan psoriasis. Benih Baobab juga dipercayai memperolehi kebolehan untuk melawan penyakit utama seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis, penyakit pencernaan, dan juga selsema.
Dalam kosmeseutikal, buah Baobab hebat ini menghasilkan minyak yang hebat, boleh melicinkan kedutan dan menguatkan sistem imun kulit anda. Ekstrak buah-buahan Baobab ditambahkan ke syampu atau perapi rambut, boleh membantu memulihkan kerosakan dan kekeringan rambut. Minyak Baobab boleh didapati di dalam minyak urut, losyen, krim dan produk rambut yang lain.
Pada tahun 2008, pulpa kering buah Baobab telah diumumkan oleh Kesatuan Eropah (EU) sebagai bahan makanan yang selamat, dan kemudiannya diberi status GRAS oleh Amerika.

Apabila kita berusia, sel-sel kulit dan genom kita juga menua pada masa yang sama. Sel kulit dermal manusia dan keratinosit epidermis diperlahankan, Gen HAS2 menjadi kurang aktif semasa penuaan, dan lebih banyak kedut berkembang. Kajian klinikal menunjukkan bahawa HAS2 Wrinkle Regulator menyumbang kepada pembentukan epitelium, mengurangkan pembentukan kedutan, memperbaiki parut, menganjalkan kulit & memberi kesan pemutihan. HAS2 Wrinkle Regulator diekstrak daripada benih Adansonia – benih Baobab. Aplikasi HAS2 Wrinkle Regulator sentiasa mengaktifkan dan memastikan kestabilan gen HAS2, mempunyai fungsi biologi yang betul dan sihat. Bekalan berterusan HAS2 hyaluronan synthase 2 [ Manusia ] boleh memastikan penghasilan Hyaluronan semula jadi untuk keremajaan, pemulihan kulit, serta mengurangkan kedutan. Ia juga mencegah gen HAS2 daripada keterlaluan aktif yang boleh menyebabkan kedutan kulit. 

HAS2 Wrinkle Regulator adalah sejenis Faktor Pertumbuhan Epidermis ( EGF), merupakan polipeptida kecil dengan 53 residu asid amino.

HAS2 Wrinkle Regulator adalah sesuai untuk individu yang berumur 25 tahun dan ke atas.

Dos:

Biasanya, pengguna adalah disarankan untuk mengguna 1 ampul selang sehari. 3 kotak (30 ampul) sebagai satu khusus terapi rawatan. Dos boleh ditambah sewajarnya dengan mengikuti keinginan individu. Secara umumnya, ia berbeza mengikut kecergasan fizikal & keadaan kulit kedut individu. Rawatan boleh diguna di bawah pemerhatian seorang ahli profesional.

Kontraindikasi:

Kehamilan, ibu yang menyusu dan orang yang didiagnosis dengan penyakit yang berkiatan dengan karsinoma.

Bungkusan:

Setiap kotak HAS2 Wrinkle Regulator mengandungi:

Penstoran:

Simpan di tempat yang kering dan sejuk, elakan daripada cahaya matahari dan jauhkan dari kanak-kanak.

 

KKM Reg. No: NOT171201326K
KKM Reg. No: NOT171201327K