RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

I. Ekstrak Sel Induk Narcissus

Pengenalan

Formula yang sempurna dengan komposisi tinggi Bulb Narcissus dorman, yang mampu melambatkan proliferasi sel dan memineralkan kulit dengan berkesan dengan menegangkan tisu peredaran mikro dan pengukuhan tisu. Ia membaiki sel-sel rosak, menegangkan kulit dengan ketara dan menghidrasi kulit dengan kandungan anti-penuaannya yang berasaskan tumbuhan. Direka untuk mengurangkan penampilan kedutan yang dalam, garisan halus & tanda- tanda penuaan yang lain Meningkatkan ketegangan kulit untuk penampilan yang lebih muda Mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit

Kandungan

Setiap ampul (2ml) mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Narcissus                  50mcg

Arahan penggunaan

Selepas pembersihan dan penyegaran, sapukan pada kulit dengan cara urutan secara perlahan ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

II. Ekstrak Sel Induk Bilberry

Pengenalan

Bilberry (Vaccinium Myrtillus) adalah sejenis blueberry; ia mengandungi Tannins yang bertindak sebagai perencat pengeluaran melanin dalam melanosit manusia dengan mengurangkan aktiviti enzim tyrosinase. Ia mencerahkan kompleksi kulit anda bagi mencapai kulit yang cerah dan berseri. Bahan ini mempunyai kedua-dua ciri anti-oksida dan anti-inflamasi yang bermanfaat untuk merawat dan mengurangkan masalah hiperpigmentasi, bintik hitam atau kerosakan kulit akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Ekstrak Bilberry menghalang pengaktifan tyrosinase, mengganggu pembentukan melanin dan menguraikan melanin yang sudah dihasilkan, lalu mempamerkan kesan pemutihan pada kulit yang malap dan mengembalikan seri kulit yang jelas dan sihat.

Kandungan

Setiap ampul (1ml) mengandungi
Ekstrak Sel Induk Bilberry (Vaccinium Mrytillus)                30mcg

Arahan penggunaan

Selepas pembersihan dan penyegaran, sapukan pada kulit dengan cara urutan secara perlahan ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

III. Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba

Pengenalan

Ginkgo Biloba adalah ramuan yang sangat baik bagi digunakan dalam penjagaan kulit anti-penuaan bagi mencapai kompleksi kulit yang muda, kerana ia boleh merangsang pembentukan fibroblast dan kolagen. Ekstrak Ginkgo ini akan mengurangkan penampilan garis-garisan halus, liang-liang besar dan ketidaksempurnaan lain secara mendadak. Ia menipiskan dan mengurangkan liang-liang yang besar dan menjadikan kulit licin dan muda. Daun Ginkgo dipercayai mempunyai keupayaan semulajadi anti-oksida yang mampu menghalang kerosakan akibat radikal bebas. Meningkatkan keupayaan perlindungan kulit semulajadi, membantu dalam melindungi sel daripada toksin alam sekitar dan mencegah tanda-tanda penuaan.

Kandungan

Setiap ampul (2ml) mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba                50mcg

Arahan penggunaan

Selepas pembersihan dan penyegaran, sapukan pada kulit dengan cara urutan secara perlahan ke arah atas pada kawasan leher dan muka. Gunakan teknik sapu yang perlahan, dan menaikkan kulit.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi:
Ekstrak Sel Induk Narcissus                     5 x 2ml
Ekstrak Sel Induk Bilberry                         5 x 1ml
Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba               5 x 2ml

Perhatian

Gunakan dengan berhati-hati. Elakkan dari terkena di kawasan sekeliling mata. Bilas dengan air dengan segera jika produk masuk ke dalam mata. Jika terdapat alahan, kerengsaan atau ruam, hentikan penggunaan dengan segera.

Penstoran

Simpan di tempat yang sejuk dan kering, jauhkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Buatan Jepun

KKM Reg. No.:

Ekstrak Sel Induk Narcissus                 NOT171104881K

Ekstrak Sel Induk Bilberry                     NOT171104888K

Ekstrak Sel Induk Ginkgo Biloba           NOT171104889K

Kod Produk: A509