Asid hyaluronik (juga dikenali sebagai Hyaluronan) merupakan bahan fisiologi yang terdapat dalam tisu epitelium, sekeliling mata dan tisu penghubung badan manusia. Asid hyaluronik hanya terdiri daripada 2% jumlah kulit badan, dan mengekalkan 98% air. Ia diperbuat daripada Ikan Laut Dalam Alaska di bawah teknologi berpaten, melalui proses hidrolisis, menghasilkan molekul asid hyaluronik yang berkeberatan rendah (LMWHA; ∼0.8-8×105 Da). Sifat regeneratif asid hyaluronik dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Emas koloid dalam 24k Nano-emas Asid Hyaluronik adalah ampaian partikel emas tulen dalam asid hyaluronik. Kegunaan terapeutik emas dikenali oleh manusia sejak penemuannya. Emas koloid ini tidak bertoksik dan tidak berbahaya. Ia diperbuat dengan menggunakan ketulenan emas tertinggi yang dilombong di Hishikari, Kagoshima di selatan Kyushu, Jepun.
Diekstrak dari plasenta segar Rusa Sika Jepun yang terunggul. Ia adalah 100% tulen dan semulajadi, ia dihasilkan melalui proses emparan yang unik dan proses pembekuan kering pada suhu rendah untuk mengekalkan kandungan elemen bio-aktif yang penting.
24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™adalah tanda dagangan berdaftar PHRI Bio-Tech. Ini adalah satu-satu siri emas dari penyelidikan & pembangunan PHRI Bio-Tech bersama-sama ahli pakar Jepun dan menjadi agensi global. Ia juga memiliki pertalian untuk kolagen dan elastin, merupakan blok pembinaan kulit sekeliling mata anda, yang boleh dikatakan sebagai ‘perancah’ untuk memberikan anda kesan yang berkekalan.
24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ adalah satu-satunya formulasi lengkap yang dipatenkan di seluruh dunia, memberikan anda kesan yang berkekalan.
Apabila kita semakin berusia, jumlah asid hyaluronik, kolagen, elastin semulajadi yang memberi struktur kepada kulit, semakin berkurangan. Ini menyebabkan epitelium di sekeliling mata yang terdedah kehilangan sokongan. Penurunan ini merupakan faktor sumbangan utama kepada tanda-tanda penuaan dalam gaya hidup yang sibuk kini, seperti lingkaran hitam mata, keriput, beg mata, keadaan bengkak dan kedutan.
Luas permukaan zarah nanogold yang tinggi membolehkan emas berinteraksi dengan berkesan dengan menyokong epitelium sekeliling mata, anti-kedutan, memberi kesan anti-penuaan. Plasenta Rusa Sika adalah sumber yang kaya dengan asid amino, gonadotropin dan faktor-faktor pertumbuhan. Ia menghasilkan kulit yang muda berseri, melicinkan kedutan, memperbaiki tekstur, keanjalan, firma & tenaga, melaraskan warna & menceriakan sekeliling mata anda, sebagai pelembab supaya kompleksi sekeliling mata kelihatan lebih bertenaga.
Terbukti secara saintifik, 24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ mampu mengurangkan kebengkakan beg di bawah mata, meningkatkan pigmentasi dan melanin mata, serta menggalakkan peredaran darah, mengurangkan bengkak, garis-garis halus, kedutan dan keriput sekeliling mata. Ia menentang radikal bebas yang mempercepatkan kesan penuaan di sekeliling mata, meningkatkan penghasilan kolagen dan asid hyaluronik, meningkatkan keanjalan kulit dan warna di sekitaran mata. Ia memberikan mata anda kelihatan berseri-seri.
24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ dihasilkan melalui proses proprietari yang bermula dengan 0.9999 emas tulen dan menghasilkan partikel emas yang amat kecil, hanya beberapa kali diameter atom emas sendiri. Ia tidak mengandungi ion emas.
Saiz nanopartikel emas yang lebih kecil ini mempunyai luas permukaan partikel yang lebih tinggi daripada jenama lain. Kawasan permukaan partikel menentukan keberkesanan koloid. Tiada kesan sampingan yang pernah dilaporkan. Ia tidak berinteraksi atau mengganggu dengan mana-mana ubatan & mempunyai jangka hayat yang tak terhingga.
Dalam kimia, keluasan kawasan permukaan menentukan keberkesanan sesejenis bahan yang akan bertindak balas dengan persekitarannya. Kawasan permukaan partikel emas yang tinggi membolehkan emas berinteraksi dengan berkesan dan menyokong epitelium manusia, memberi kesan anti-kedut & anti-penuaan.
Bekerjasama dengan saintis Jepun, PHRI Bio-Tech telah memberi tumpuan kepada pembangunan proses untuk menghasilkan koloid dengan ciri-ciri fizikal yang unggul. Proses pembangunan melibatkan penggunaan prinsip-prinsip saintifik maju dalam fizik, kimia dan mekanikal kuantum. Sifat-sifat lain yang berkaitan mengenai koloid termasuk konduktiviti, kekeruhan, pH, dan kepekatan.
Satu nanometer adalah satu bilion per meter. Sebatang rambut manusia berkira-kira 0.003 inci diameter itu bersamaan dengan 73,000 nm diameter. Saiz sebenar 24K partikel nanoemas telah diukur dan mempunyai purata diameter pada 0.65 nm dan dijangka lebih kurang 9 atom emas. Saiz kecil ini adalah luar biasa berbanding dengan saiz partikel emas koloid yang terdapat dalam produk komersial yang lain. Sejak beberapa tahun, PHRI Bio-Tech telah mengukur saiz partikel dari beratus-ratus sampel emas koloid. Di antara produk yang diukur, partikel yang paling kecil biasanya jatuh dalam lingkungan 10 hingga 100 nm, jarang ada yang lebih kecil. Sebaliknya, ada beberapa kes lebih besar, dengan saiz sehingga beberapa ratus nm diameter.
Mengapa kita kata 24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ adalah produk yang terbaik dan paling berkesan untuk mengatasi bulatan gelap bawah mata, keriput, beg mata, keadaan bengkak serta kedutan?
Kami telah mengkaji pelbagai jenis produk berkenaan dengan menjalankan penilaian ke atas pelbagai jenama kecantikan di pasaran dan kita tetap mempercayai 24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ membawa formula revolusi untuk mengurangkan gelapan bawah mata dan keriput.
Mata adalah ‘tingkap jiwa’ anda. Mata juga tempat yang terdedah kepada tanda-tanda penuaan, seperti lingkaran hitam, keriput, beg mata, keadaan bengkak dan kedutan. Banyak produk memberi jaminan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Namun, menemui satu produk yang benar-benar memulihkan kompleksi di sekitar mata anda dan mengubahsuai keadaan kedutan adalah sukar.
Dengan misi ‘Jangkaan Mata 29Nexentury-Jepun’ mencari produk yang berkualiti merupakan satu-satunya cabaran untuk mengesan ‘permata kecil’ ini - 24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ . Ia juga boleh mencegah “beg” keletihan dan lingkaran hitam sekeliling mata dengan mengisi geronggang sekitar soket mata. Strategi ini mengelakkan bayang-bayang, bengkak, dan mata anda yang terbenam.
Di bawah penelitian, ia adalah pelega kedutan yang ternyata. Ia berfungsi untuk memberi anda berseri, memperketatkan dan mengisikan kulit di sekitar mata anda, serta mengurangkan usia daripada keseluruhan wajar anda!
Diuji secara saintifik, bahan-bahan utama yang terdapat dalam 24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ terbukti dapat mengurangkan kegelapan di bawah lingkaran mata, mengurangkan bengkak dan kedutan, sambil meningkatkan keanjalan dan tona kulit sekeliling mata.
24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ dihasilkan melalui proses proprietari dengan emas tulen 0.9999. Jisim nanoemas 24k adalah lebih berat. Oleh itu, goncangan diperlukan sebelum menggunakannya.
24k Nanogold Hyaluronic Acid Eyesplexion ™ boleh digunakan dengan pelbagai frekuensi tertakluk kepada indikasi. Secara umum, satu aplikasi boleh bertahan selama 6 hingga 24 bulan. Dos boleh ditambahkan sewajarnya untuk mencapai keinginan individu.
Tidak sesuai untuk orang yang hipersensitif terhadap produk yang berkiatan dengan asid hyaluronik, nanopartikel emas atau plasenta rusa. Mengelakkan sebarang terapi termal muka untuk mengekalkan kesan yang lebih lama.
Simpan di tempat yang sejuk dan kering, elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.
Buatan Jepun
KKM Reg. No: NOT 141205275K