RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan

Asid Kojic – Pencerahan, pemutihan, dan pembaikan tona kulit. Asid Kojic telah ditemui pada tahun 1907. Penyelidikan ke atas asid kojic memuncak selepas ahli sains menyedari bahawa tangan pembuat bir dan penyuling yang bekerja dengan koji atau malt beras mempunyai penampilan kulit yang lebih putih dan licin. Pada tahun 1988, asid kojic telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun sebagai sejenis bahan pemutihan yang aktif.

Penerangan Produk

Asid Kojic Yumi adalah sejenis serbuk putih halus yang terdiri daripada kristal kecil – merupakan produk sampingan daripada proses penapaian sake.

Dalam produk penjagaan kulit, fungsi utama asid kojic adalah sebagai ejen pencerahan kulit.

Indikasi

Demi memahami kesan asid kojic, kita perlu memahami bagaimana kulit mendapat tona warnanya. Badan kita menghasilkan pigmen yang dikenali sebagai melanin secara semulajadi melalui sel-sel khusus, iaitu melanosit. Sebenarnya, gen manusia yang menentukan berapa banyak melanin yang badan akan menghasilkan. Bagi orang yang mempunyai tona kulit yang cerah, hanya sejumlah kecil melanin dihasilkan oleh melanosit, manakala jumlah melanin yang besar dihasilkan oleh melanosit untuk orang yang mempunyai tona kulit yang gelap.

Tanda tompok yang berkiatan dengan usia dikenali sebagai gangguan pigmentasi dalam dermatologi. Jenis gangguan pigmentasi, termasuk chloasma, freckles pigmen nyanyuk, dan ephelides yang berpotensi untuk menjadi lebih teruk jika kulit didedah kepada sinaran UV. Ia terbentuk apabila melanosit menghasilkan berlebihan melanin. Asid Kojic menghalang pengeluaran melanin yang berlebihan dan terbukti memberi kesan pemutihan.

Apabila enzim tyrosinase bertindak ke atas sejenis asid amino, iaitu tyrosine, tyrosine akan ditukar jadi melanin. Tyrosinase diaktifkan apabila ion tembaga melekat kepadanya. Dengan kesan chelating, asid kojic membuang ion tembaga dari tyrosinase, menghalang pengeluaran melanin dan membawa kesan pemutihan tona kulit.

Asid Kojic Yumi adalah penindas enzim tyrosinase yang mengurangkan keupayaan kulit untuk menghasilkan melanin. Inilah sebabnya Asid Kojic boleh menjadikan sekitar kawasan kulit lebih putih dengan menghalang sintesis melanin. Dengan menghentikan pengeluaran melanin, asid kojic mampu mengurangkan kegelapan yang berlebihan pada kulit.

Asid kojic adalah sukar untuk digunakan dalam produk kosmetik disebabkan keperluan teknik pencampuran yang khusus untuk mengekalkan keberkesanannya. Dengan bantuan daripada ahli-ahli sains Jepun, "Yumi Kojic Acid" - pemutihan kulit dari dalam akhirnya berjaya dilancarkan. Ia adalah ejen pengurangan pigmen kulit dan penghalang tompok penuaan. Ia juga mencerahkan kulit dan membantu mewujudkan tona kulit yang lebih putih berseri pada semua jenis kulit serta mengurangkan bintik hati.

Dos

Asid Kojic Yumi boleh digunakan pada pelbagai frekuensi, bergantung kepada umur subjek. Secara umumnya, pengguna dinasihat untuk menggunakan 1 ampul pada selang hari dengan 30 ampul sebagai satu kursus. Tempoh yang keberkesanan bergantung kepada keadaan badan & gaya hidup individu. Kekerapan boleh dipertingkatkan dengan sewajarnya untuk mencapai keinginan individu.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi 10 vial Acid Kojik dan 10 vial Solusi Saline Isotonik.

Kandungan

Asid Kojic                         5000mg

Solusi Saline Isotonik              5ml

Kontraindikasi

Tidak sesuai untuk orang yang hipersensitif terhadap produk yang berkaitan dengan asid kojic, semasa kehamilan atau ibu yang menyusu.

Penstoran

Simpan di tempat yang sejuk dan kering, elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Buatan Jepun
KKM Reg. No: NOT 151100506K
Kod produk: W206