RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan:

SLC24A5 merupakan suatu gen yang terletak pada kromosom ke-15 dalam badan manusia. Gen tersebut digunakan untuk menghasilkan SLC24A5 protein yang terdiri daripada 396 molekul asid amino. Kajian perubatan terkini menunjukkan bahawa gen SLC24A5 berfungsi dengan konsisten pada manusia dan juga haiwan. Aktiviti gen SLC24A5 yang tinggi menghasilkan banyak melanosit dan meningkatkan pengeluaran melanin. Sebaliknya, aktiviti SLC24A5 yang rendah menghasilkan kurang melanosit dan mengurangkan pengeluaran melanin, menyumbang kepada kulit yang lebih cerah.

Telah dibuktikan bahawa aktiviti gen SLC24A5 gene di dalam orang barat adalah jauh lebih rendah berbanding dengan etnik lain. Berdasarkan penemuan ini, saintis perubatan Switzerland telah memerhati gen SLC24A5 dan pada tahun 2005, mereka telah berjaya menemui penindas gen SLC24A5. Selepas kajian In Vivo dan In Vitro pada haiwan serta manusia, SLC24A5 Inhibitor II telah menjadi agen pemutih kulit yang paling dipercayai, selamat, dan berkesan di dunia!

Sehingga kini, SLC24A5 Inhibitor II telah dijadikan dalam bentuk aplikasi yang mampu menindas aktiviti gen SLC24A5, lalu mengurangkan aktiviti melanosit, mengurangkan sintesis melanin, dan memberikan rawatan pemutihan yang cepat, selamat, dan efektif untuk pengguna awam.

Indikasi:

Kajian klinikal telah mengungkapkan bahawa SLC24A5 Inhibitor II memiliki keupayaan luar biasa untuk menindas aktiviti gen SLC24A5. Tindakan yang mendalam ini berlaku di peringkat genetik, berkesan untuk mengehadkan mekanisme penghasilan melanin. Dengan gangguan semua proses biokimia yang berkaitan dengan pengaktifan melanosit dan pengeluaran melanin, SLC24A5 Inhibitor II meluaskan pengaruhnya untuk menindas pengeluaran hormon pro-melanin, termasuk enzim tirosinase dan NCKX5. Dengan kawalan teknologi berpaten, SLC24A5 Inhibitor II hanya akan bertindak ke atas melanosit di dalam kulit tanpa memberi kesan kepada sel berpigmen pada rambut dan mata. Oleh itu, rawatan SLC24A5 Inhibitor II tidak akan menyebabkan albinism, tetapi akan mencapai efikasi pemutihan yang ketara. Produk ini telah terbukti secara klinikal untuk mencerahkan tona kulit yang gelap, mengurangkan pengendapan melanin, dan menambah baik warna kulit yang tidak sekata.

Dos:

Dos SLC24A5 Inhibitor II berbeza bergantung kepada keadaan individu dan kemahuan pengguna. Penggunaan formulasi ini yang berterusan akan mengekalkan kompleksi dan keserian kulit. Biasanya, pengguna adalah disarankan untuk mengguna 1 ampul setiap hari atau selang sehari. Setiap kursus penggunaan terdiri daripada 18 ampul. SLC24A5 Inhibitor II boleh diguna pada dos yang lebih atau kekerapan yang lebih tinggi dalam terapi yang tertentu, dalam pemerhatian seorang ahli profesional.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi 6 ampul.

Setiap ampul (10ml) mengandungi:

Ekstrak Bunga/Daun/Pokok Leontopodium alpinum   250 mcg
Ekstrak Bunga Leontopodium alpinum                         250 mcg

Kontraindikasi:

Kehamilan atau ibu yang menyusu.

Penstoran:

Simpan di tempat yang kering dan sejuk, elakkan daripada cahaya matahari, dan jauhkan dari kanak-kanak.

 

Buatan Switzerland

KKM Reg. No: NOT171200070K

Kod Produk: W202