RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan

Kulit kita merupakan organ manusia yang terbesar. Kini, dengan gaya hidup yang penuh dengan tekanan dan pendedahan kepada alam sekitar yang tercemar, kulit kita sentiasa terancam. Sebenarnya, tahap hormon tumbesaran dalam badan manusia akan semakin menurun apabila masa berlalu. Komponen-komponen semula jadi yang memainkan peranan untuk melindungi, menghidrat and membaiki kulit kita juga akan semakin kurang. Namun begitu, jika kita bertindak dengan segera, kita masih sempat untuk mencegah kesan-kesan seperti kulit berkedut, kulit kering, parut, pigmen dan bintik-bintik hitam.

Di sini memperkenalkan Kapsul D-Sel. Ia adalah pembezaan!

Kapsul D-Sel direka khas untuk sesiapa yang berminat untuk memperbaiki tekstur, keanjalan dan warna kulit. Ia bukan sahaja sangat berkhasiat tetapi juga selamat untuk dimakan. Kapsulnya adalah dibuat daripada sayur-sayuran supaya kandungannya mudah diserap oleh badan kita, dan menguatkan kesan-kesan seperti memperlahankan proses penuaan dan meningkatkan kecantikan kulit. Ia juga berfungsi untuk menghidrat kulit dan membaiki sel-sel kulit.

Rusa sering digelar sebagai haiwan yang berperingkat lebih tinggi. Plasentanya adalah amat serupa dengan plasenta manusia dari segi factor kimia. Plasenta rusa mengandungi pelbagai jenis nutrisi dan sebatian anti-penuaan. Pakar saintis percaya bahawa nutrisi bioaktif yang penting, hormon dan mineral yang didapati dalam plasenta rusa adalah sangat berfaedah terhadap manusia. Ia juga kaya dengan factor-faktor tumbesaran yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan semula tisu dan memupuk kesihatan organ-organ kita.

Sodium hyaluronate adalah sejenis asid hyaluronik yang wujud dalam bentuk garam. Ia merupakan kandungan utama dalam cecair synovial. Sodium hyaluronate sering diguna oleh bahagian Ortopedik sebagai pelincir sendi untuk melindungi tulang rawan articular. Ia dapat meringankan kecederaan sendi yang disebabkan oleh beban berat yang melebihi atau senaman yang terlalu kerap.

Glutathione merupakan satu tripeptida yang terdiri daripada tiga jenis asid amino: Sisteina, Glisin dan Glutamat. L-Glutathione (GSH) memainkan peranan yang penting sebagai antioksidan di dalam badan kita.

Mengikuti kajian dari Universiti Kyoto Prefectural Jepun pada tahun 2014, penelanan L-Glutathione didapati menambahkan keberkesannya dan juga lebih mudah diserap oleh badan. Selepas pengambilan L-Glutathione (GSH), ia bukan sahaja wujud dalam bentuk GSH tetapi sebahagian daripada L-Glutathione akan mengoksida menjadi GSSG dan simpan di dalam sel-sel darah merah serta hati. Pada tahun 2017, kajian dari Universiti Chulalongkorn Thailand telah membukti bahawa kedua-dua GSH dan GSSG mempunyai unsur anti-penuaan dan unsur kecerahan kulit (anti-melanin).

Dengan kombinasi ketiga-tiga kandungan ini, Kapsul D-Sel boleh mendatangkan pelbagai jenis manfaat kepada pengguna. Ia dapat meningkatkan taraf kesihatan badan, mengurangkan radikal bebas dalam badan, memperlahankan proses penuaan dan membantu kecerahan kulit.

Penerangan Produk

Kapsul D-Sel (buatan dari negara New Zealand) dihasilkan oleh makmal inovatif yang bertaraf dunia dengan pensijilan GMP. Penghasilan kapsul ini mematuhi kawalan kualiti yang bertahap tinggi dalam produk kesihatan semula jadi (Australia TPA Standards).

Kandungan

Setiap kapsul berwarna merah mengandungi:

Plasenta rusa       100 mg

L-Gluthathione       100 mg

Sodium hyaluronate       25 mg

Indikasi

Kapsul D-Sel adalah satu suplemen kesihatan agar pengguna dapat mengekalkan badan yang sihat, muda dan cergas.

 

Kebaikan Kapsul D-Sel

Membantu kapasiti penyerapan nutrisi oleh kulit.

Menggalakkan pembaikan sel-sel kulit dan meningkatkan pertumbuhan semula sel kulit

Hidrat kulit dan meningkatkan keanjalan dan dinamik kulit.

Memperbaiki tekstur dan warna kulit, dan mencerahkan kulit.

Kontraindikasi

Tidak sesuai untuk orang yang sensitif terhadap ramuan dalam kandungan produk, semasa hamil atau semasa penyusuan bayi.

Bungkusan

Setiap botol mengandungi 30 kapsul.

Disimpan di dalam bekas PET atau HDPE. Mempunyai cap HALAL.

Dos

Disyorkan untuk mengambil satu kapsul sehari sebelum makan.

Penstoran

Simpan di tempat yang kering dan suhu di bawah 30˚C, melindungi daripada cahaya matahari. Jauhkan daripada kanak-kanak.

 

KKM Reg. No.: MAL17086004NC

Kod Produk: AS101

KKLIU No.: 0858/2018

Ini Iklan produk supplemen.