RM 0.00
In Stock

Payment Method, Shipping Terms & Refund Policy

Pengenalan

Leptin II merupakan suatu penemuan utama pada abad ke-21, dengan menggabungkan kedua-dua bahan aktif yang berikut, di mana ia mendatangkan pelbagai kebaikan kepada golongan yang mengalami masalah kegemukan, justerunya ia menjadi suatu aplikasi bagi pengurangan berat badan generasi baru.

Penerangan Produk

Leptin:
Merupakan suatu protein yang terdiri daripada 167 asid amino. Dalam perkataan Greek, iaitu "leptos" (bermaksud kurus) merupakan suatu hormon protein yang mempunyai kesan yang penting dalam regulasi berat badan, metabolisme dan fungsi pembiakan. Dihasilkan dari sel lemak, Leptin akan menghantar isyarat ke otak bahawa sudahkah badan mempunyai simpanan tenaga yang mencukupi, atau lemak.

Hormon tersebut menghantar isyarat ke hypothalmus — pusat pengawalan pemakanan di otak, lalu memberitahu kita bila masanya untuk berhenti makan, penerangan oleh Dr. Julio Licinio, seorang professor dalam bidang psikiatrik dan perubatan dari University of California Los Angeles, School of Medicine.

Ia mengawal suatu hormon penindas kelaparan yang disekresi oleh tisu lemak, yang memberhentikan anda daripada makan terlalu banyak dan menjadikan anda lebih aktif supaya lebih banyak tenaga dapat digunakan atau dibakar. Leptin juga bertindak secara langsung ke atas sel hati dan otot rangka di mana ia akan mengstimulasi oksidasi asid lemak di mitokondria. Ini akan mengurangkan pengestoran lemak di tisu tersebut (tetapi bukan tisu adipos[lemak])

Ekstrak Hoodia Gordonii:
Diekstrak dari Kaktus Afrika Selatan– Hoodia Gordonii, yang menghilangkan rasa lapar melalui lintasan neurologi. Ekstrak ini adalah suatu bahan terkawal oleh badan farmakologi US dan juga digunakan oleh kaum asli Afrika Selatan untuk menghilangkan rasa lapar sewaktu masa pemburuan. Keupayaan menghilangkan rasa lapar akan mengurangkan pengambilan kalori lalu melarutkan lemak di dalam badan, menjadikan proses pelangsingan badan lebih cepat dan ketara.

Indikasi

Kegemukan yang disebabkan oleh pelbagai jenis faktor, anti-selulit, pembakaran-lemak, meningkatkan metabolisme badan.

Kontraindikasi

Kehamilan, kandungan organ yang tidak lengkap atau gangguan fungsi buah pinggang, hipersensitif terhadap kandungan produk ini.

Dos

Dos berbeza mengikut individu (keadaan fizikal individu dan bentuk badan) dan keputusan yang dikehendaki. Dos yang disarankan adalah sebotol setiap hari atau berselang hari. Penggunaan harus dilakukan di bawah nasihat profesional perubatan.

Bungkusan

Setiap kotak mengandungi 12 botol (6ml setiap botol).

Kandungan

Ekstrak Lentinus Edodes               1000mg
Ekstrak Hoodia Gordonii                  500mg

Penstoran

Simpan di tempat yang sejuk, elakkan daripada cahaya matahari, jauhkan daripada kanak-kanak.

 

Buatan Switzerland

KKM Reg. No: NOT171200075K

Kod Produk: S303