Sejarah penggunaan Implan Benang Emas boleh dikesan sehingga zaman silam Egypt, dengan penemuan emas pada mayat awet Egypt silam. Insiden implan emas dan menggosok kepingan emas pada permukaan muka telah direkodkan dalam penulisan di India dan China, menjadi asas implan perubatan moden benang emas sebagai astetik.
Pakar bedah Perancis, Dr. Caux merupakan doktor pertama yang menjalankan implan benang emas ke atas manusia untuk memperbaiki tekstur kulit, pengenduran dan pengurangan kedutan. Semenjak itu, para penyelidik perubatan dari Eropah dan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam penyelidikan, pemajuan dan pembaikan implan benang emas. Jepun dan Korea turut bersama-sama menyertai pertandingan sejak abad ke-20, justerunya membawa beberapa evolusi kepada implan benang emas, iaitu dari aspek benang emas itu sendiri, dan teknik implan yang digunakan.
Oleh disebabkan kekangan teknikal, implan benang emas tidak boleh memberi penyelesaian kepada semua jenis masalah kulit, kerana diameter benang emas yang besar boleh digunakan untuk meningkatkan tisu kulit tetapi tidak dapat diimplan pada kawasan yang mempunyai profil kulit yang nipis. Benang emas yang cukup kecil untuk implan di kawasan kulit yang nipis mempunyai diameter yang sangat kecil, jadi tidak dapat memberikan kesan yang memuaskan dalam kenaikkan kulit. Benang emas yang dimajukan di Sepanyol datang bersama benang asid poliglikolik, di mana ia akan menyebabkan reaksi alergi selepas implan.
Sejak tahun 2006, Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland, yang merupakan sebuah institusi perubatan yang terkemuka dalam perubatan astetik memulakan penyelidikan untuk menggabungkan kebaikan teknik implan benang emas dan akhirnya suatu benang emas yang dapat digunakan untuk menaikkan tisu kulit, memperbaiki kecerahan kulit, tekstur kulit pada masa yang sama, sangat berkesan dalam menghapuskan kedutan dan kesan hitam – Derma Emas Bioaktif Benang Emas telah dicipta, di mana ia dapat merangsang sintesis matriks kulit dan salur darah, serta rejuvenasi kulit dalam masa 3-6 bulan.
Benang Emas Bioaktif Derma Emas telah dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang terkini dan berpaten oleh seorang pengeluar peralatan perubatan dari Sepanyol. Ia diperbuat daripada 24k 99.99 emas perubatan tulen, diproses menggunakan teknologi bio-serasi berpaten oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland, lalu menjadikan Derma Emas Bioaktif Emas suatu nutrien yang hebat dan tidak akan ditolak oleh badan manusia tetapi boleh digunakan sebagai pemangkin pelbagai proses biokimia, seperti sintesis matriks kulit, elastin, asid hiluronik dan lain-lain. Derma Emas Bioaktif Emas juga akan bertindak sebagai agen pembina angiogenesis dan antiseptik semulajadi, lalu menjadikan ia penyelesaian bagi kulit gelap (yang terjadi apabila kekurangan aliran darah di sekeliling mata) dan jerawat.
Derma Emas Bioaktif Benang Emas dihasilkan dengan menggunakan teknologi Swiss berpaten bagi implan di lapisan papilari, digabung dengan penggunaan teknik implan berpaten, untuk merangsang sisntesis matriks kulit, angiogenesis, anti-inflamasi dan kesan memperbaiki tisu, dengan indikasi untuk keadaan berikut:
Kehamilan, kencing manis yang tidak stabil dan pesakit psikiatrik.
Setiap kotak Derma Emas mengandungi 6 Derma Emas Bioaktif Benang Emas, dan setiap benang adalah 50cm panjang dan 0.13mm dalam diameter, setiap benang telah disteril dan dibungkus dalam bungkusan logam (kerajang metalik).
Bergantung kepada jenis kulit individu, setiap 50cm Derma Emas Bioaktif Benang Emas boleh diimplan pada permukaan kulit bersaiz 25-50cm persegi untuk merangsang angiogenesis dan menghilangkan keradangan kulit. Derma Gold boleh diimplan dalam bentuk benang lurus, atau dalam bentuk gulungan, bagi menghasilkan ketegangan bagi tujuan penaikkan. Ketegangan dapat ditingkatkan dengan meningkatkan kepadatan dan jarak di antara gulungan. Derma Emas juga boleh dipotong kepada kepingan yang kecil untuk kepadatan yang lebih bagi restorasi parut dan kedutan yang dalam.
Derma Emas Bioaktif Benang Emas boleh diimplan pada mana-mana bahagian badan, iaitu, pada bahagian muka, perut, pinggang, paha, kelopak mata, dahi dan sebagainya, untuk menegangkan kulit, atau menghilangkan kesan regangan kulit selepas mengandung. Teknik implan yang dijayakan oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland adalah kurang invasif, menjadikan implan tersebut tidak menimbulkan kesakitan dan kurang pendarahan. Doktor yang melaksanakan implan mesti menjalani latihan dan pemerhatian serta lulus pernilaian di Institut Penyelidikan Bioperubatan, Switzerland dan PHRI Biotech Sdn Bhd, untuk menjalankan prosedur ini secara selamat dan berkesan.
Elakkan daripada cahaya matahari dan jauhkan daripada kanak-kanak.
Histologi kulit mikroskop menunjukkan bukti bahawa implan Derma Emas boleh merangsang sintesis matriks kulit, gambar mikroskop di bawah menunjukkan Derma Emas yang diimplan telah disaluti dengan lapisan kolagen, elastin dan matriks kulit yang lain.
Rondo W Jr. , Vidarte G, Michalany, N. Histologic Study of the Skin with Gold Thread Implantation. Plast Reconstr Surg. 1996; 97(1):256-8.
Caesar RH, Friebel J, McNab AA. Upper lid loading with gold weights in paralytic lagophthalmos: a modified technique to maximise the long-term functional and cosmetic success. Orbit. 2004; 23(1):27-32.